Selasa, 14 Jun 2011

Berjaya ada banyak cara ... Gagal ada satu cara ...

Apabila kegagalan menyapa diri ..terkadang rasa kecewa...kecewa yang teramat..sedar diri tak sepandai mana... InsyaAllah akan ku bangkit dan bangun dari kekalahan ini.. jatuh sekali tak bermakna kita tak bisa bangkit semula... dan tak bermakna...kita x pandai...cuma tak bernasib baik....dan ada hikmah yg tersembunyi... pasrah...  SUMBER EKSKLUSIF NETLOG ( NAMA DIRAHSIAKAN )

Kegagalan adalah penangguhan sebuah kejayaan ... kekalahan bukan bermaksud tewas dalam pertempuran cuma salah percaturan salah strategi ... kejayaan mempunyai pelbagai cara dan kaedah perlaksanaan tapi kegagalan hanya satu ... iaitu sikap yang tak mau berubah ... Sikap yang mempengaruhi tindakan ... sikap yang terlalu bergantung pada takdir dan nasib walhal usaha hanya sekadar perlu ... jawapan pada sebuah kegagalan hanya pada sikap ... jawapan pada sebuah kejayaan adalah kepuasan dari nikmat Doa Usaha Istiqamah Tawakal ... Konsisten dan sepenuh komitmen adalah resepi kejayaan dan prinsip orang berjaya bila kemahiran dan pengalaman mempengaruhi tindakan bukan dari fikiran yang jumud ... keluarkan potensi diri yang bersarang dan MALU biar bertempat dan tukar kepada MULA ....

Belajarlah bersikap optimis dan transform diri dengan mempelbagai kebolehan selagi mana kaki dan tangan tidak diikat ... selagi mana diri tetap taat pada Allah ... taat arahan suami ( jika berstatus isteri laa kan ) selagi mana arahan itu tidak melanggari syariat ... Selagi mana kompromi dalam kehidupan saling memberi dan menerima ... Situasi bukan halangan besar ... Berjaya banyak sumber asalkan natijah untuk kebaikan ... Sebab itu pepatah menyatakan disebalik kejayaan lelaki disebelahnya ada perempuan .. tapi kejayaan seorang perempuan belum tentu ada lelaki disebelahnya ....

Kejayaan dalam membina kerjaya tidak sama kejayaan dalam kehidupan ... ada orang berjaya dalam kehidupan .. bahagia bersama walhal kerjaya tidak setara mana .... mereka tetap bersyukur tapi mereka tetap mencari kekayaan ... Ingatlah kemiskinan membawa kekufuran ...

.... bersambung dalam 'mimpi'

Hebat ke ....

"Orang yang HEBAT...tidak pernah MEMPERKECILkan orang lain. TApi orang yang TIADA KEHEBATAN itu..SUKA BENAR MEMPERKECILKAN orang lain..KERANA ingin MERASAkan dirinya HEBAT. Kehebatan seseorang itu..dinilai dari TINDAKAN dan TINGKAHLAKUnya."

sumber netlog ( nama dirahsiakan )

Kehebatan bukan dinilai melalui tindakan dan tingkahlaku TAPI dinilai dengan cara menangani masalah .. ia juga dinilai dengan kemahiran indvidu bukan kelebihan peribadi atau kerjaya seseorang utk mempengaruhi tindakan ... Bertindak biar bersumber ilmu dan kemahiran bukan melemahkan orang lain jauh sekali bersikap bias ... orang yang mengaku hebat juga silap kerana yang hebat hanya Allah Maha Hebat .. Manusia diberi sifat rasa hebat akan menimbulkan riak dan tamak .. sebab itu kompromi / tolak ansur / saling memahami / positif sebenarnya memberi natijah kehebatan seseorang ...

Sikap menganggap diri adalah sempurna tanpa memberi ruang untuk orang lain memberi pendapat bagaikan firauan yang tamak pada kejumudan ... sikap orang yang begini lagaknya macam semua dia betul dan berada dilandasan yang tepat walhal kerenah menyusahkan pihak lain ... sebab itu dalam apa keadaan perlukan pengorbanan jiwa dan raga bukan bersandarkan kasih sayang semata-mata ...

Pepatah melayu menyatakan orang tua lebih dahulu makan garam juga pada zaman ini dianggap tidak lagi sesuai dan perlu faham kenapa dalam Islam orang tua mengasihi orang muda dan yang muda menghormati yang tua ... ia akan berterusan selagi mana tidak melanggari syariat bukan adat melayu semata-mata hinggakan adakala kebolehan itu tidak diapplikasikan secara maksima kerana orang tua masih hidup ... Orang muda bukan menderhaka dan bukan menunjuk kehebatan tapi setiap zaman itu berbeza kaedah perlaksanaan dan asalkan ia ada kemahiran ...

Kemahiran individu adalah bakat terpendam yang dilihat orang lain bukan pada diri sendiri .... Jika bakat disalahguna memang la jadi lain ... Soalnya selagi mana kompromi tidak sepenuhnya baik apa keadaan kena saling give n take ... bukan menjahanamkan orang lain ... perancangan perlu adil dan mengikut kehendak naluri bukan telunjuk orang lain ....

Soalnya masa tetap sama setiap individu .. ia tak lebih tak kurang . Untuk apa makna hidup bersama tapi masih mengutamakan cara orang lain meskipun betul tapi keadaan tidak menepati kehendak dan perancangan sebab itu kadangkala hanya pandai bercakap ... hebat dengan hikmah dan fakta .... tapi tak berani berdepan dan gagal menangani masalah .... sebab itu lain dimulut lain dihati .....

Akal tidak dimanfaatkan semaksima mungkin .... hanya nafsu menguasai pemikiran diri kononnya dengan status kerjaya I CAN DO EVERYTHING BUT HOW? IS NOTHING ....

NOTA KAKI - untuk apa meneruskan bicara andai diri rasa betul .. bersikap bias ... mengutamakan kehendak tanpa kompromi ... hidup tidak selamanya indah dan keindahan tidak selamanya hadir andai masih bermimpi dan cukup sekadar tawakal ....


Isnin, 13 Jun 2011

Terapi minda 1 : kucing

Sesekali teringat masa zaman kanak-kanak, dulunya kat FELDA Sungai Tekam Utara dalam hujung 70an dan awal 80an rumah kami belum ada televisyen so ada malam tertentu pergi le menengok kat rumah jiran hmm ... Selain tu masa arwah nenek masih hidup ( mak kpd abah berasal dari Banjarmasin Indonesia ) yang tinggal bersama sebab abah anak tunggal dan kisahnya arwah nenek berhijrah ke Sungai Manik .... aku pun dah lupe hehehe memang ada sedikit keturunan cina ( kalau tak silap nama cina tapi dah lupe dah convert Islam  ) ...

Masa kecilku antara haiwan peliharaan ialah kucing walaupun adakala arwah nenek tak berkenan kekadang .. maklumlah masa kecik lain so dah besar ni sejak berumahtangga memang ada cerita menarik tentang kucing ... Kami mula bermastautin berdua selepas akad nikah di Gombak Setia dengan menyewa rumah di Jalan Intan lepas tu pindah ke Kampung Nakhoda dan akhirnya ke Taman Sri Gombak ...

Sepanjang tempoh 1998 hingga 2010 menetap di Gombak dengan kelahiran lima cahayamata sebenarnya setiap kali wife mengandung pasti ada kucing datang transit agak lama juga cuma tak sempat nak pelihara ... bila baby lahir je kucing-kucing tu biasanya akan mengjilangkan diri ...

Cuma awal 2010 kalau tak silap bulan Februari ada anak kucing warna hitam ( nama manja Jery ) datang kat rumah tapi masa tu wife dah berada diluar negara so kali ni pelik sikit sebab dah halau banyak kali masih juga bertandang .... masa tu pun memang ada masalah ... jadi pelihara je la kan sebagai terapi stress kononnya .. akhirnya masa wife balik bercuti si Jery melahirkan dua baby yang cute ....

Oleh kerana 2011 ... kami berpindah ke Segamat sebab rumah sendiri dah siap maka Jery dan anak-anaknya dibawa sekali ( ronaldo & chelsea ) ... Actually nak jengok picture Jery dan anak-anaknya ada kat dalam facebook .... Sekarang rumah kucing pun dah siap hehehe

Betulkah haiwan peliharaan mengurangkan stress ? Mungkin ye kut tapi tidaklah sampai bercakap nanti jadi tak betul lak ... apapun itu juga kurniaan Allah ..... moga-moga ada hikmah yang tersirat ..Sekarang ada gak sekor dua kucing transit jadi macam penternak lak hehehe ... Yang paling best si Farhana ( dulu masa kecik ada alahan pada bulu kucing ) so macam tak ada apa pulak siap digomol dan dijadikan kawan tidur .... kecian kucing langsung tak marah diamm je hmmm lantak le kann ...

Gambar-gambar terdapat dalam facebook saya ye ....

Bila hati dirundung kesepian

Andai masa silam mampu dikembalikan rasanya bukan aku je yang mahu ... mengembalikan nostalgia kenangan memperbaiki mana yang silap menambah mana yang kurang ... namun usah pandang belakang .. perjalanan harus ke hadapan ... melangkah demi langkah meskipun kaki dan tangan terikat antara tanggungjawab dan amanah ...

Kenangan alam kecilku masa mula pindah ke FELDA Sungai Tekam Utara sebenarnya merintis kehidupan yang takkan berulang ... mandi air paip kongsi ramai-ramai ... mandi sungai terjun sama-sama ... rumahku dulu tangganya tinggi kekadang gayat dibuatnya .... mak dan abah walau lahir tidak sempurna namun aku bersyukur masih hidup dan mampu meneruskan perjuangan erti meneroka tanah menuai bakti ...

Kenangan alam persekolahan hanya biasa-biasa saja namun sesapa pun pasti ketawa bila terkenang saat-saat nakal sebagai anak FELDA ...

Semua tu hanya kenangan yang adakala sudah luput bile CPU memori makin dimamah usia ... kalau ditaip pun tak de kene mengena ngan tajuk .....

Aku kehilangan arwah ibu Hasnah Abdullah tanggal 18hb November 2008 ... sebelum itu aku kehilangan sahabat seperjuangan arwah Rasid Sapie pada 28hb Januari 2008 .... dan kehilangan Ustaz Asri ( Rabbani ) yang merupakan salah seorang rakan niaga cukup mengejutkan tanggal 13hb Ogos 2009 .... kemudian aku kehilangan sepupu ( antara paling rapat dan senior dikalangan keluarga ) arwah Fuziah Tahir 24hb Oktober 2009 ... diikuti seorang lagi sahabat seperjuangan arwah Ahmad Khazin Sanusi tanggal 10hb Jun 2010 ....Kehilangan yang membuatkan airmata lelakiku tumpah berderaian tanpa mampu kusekat ... kehilangan yang merudum motivasi diri ... kehilangan yang tiada ganti .... Mereka pergi takkan kembali .... Al fatihah ....

Kehilangan mereka dalam hidup ini masih berbekas dalam jiwa, apatah lagi setiap satunya mempunyai sejarah yang baik dan tanpa mereka hingga saat ini ...aku belum mampu bangun setabah hati seorang pejuang ... Aku dah berjanji ....biarlah jadi rahsia abadi ....

Namun dalam tempoh kehilangan itu dugaan datang tak terduga ... 2008 juga menyaksikan kejatuhan merudum dalam perniagaan tanpa ehsan tanpa ada ruang untuk bertahan ...2009 diuji lagi dalam kemelut bersama insan tersayang bilamana perang dingin bermula dan sampai saat ini ada sahaja menjadi punca perbalahan ... 2010 sebetulnya aku dah tak mampu bertahan dan andai satu tindakan bodoh itu berlaku mungkin hayatku hanya ternoktah disitu .... 2011 aku masih dalam zon peperangan ... berperang dengan jiwa memberontak ... berperang dengan perasaan yang tak menentu ... berperang dengan alam dan manusia ... bilakah perang ini akan tamat .... Hanya Allah yang Maha Mengetahui ...


Nostalgia tanpa noktah

Dah lama tak menaip malah aku semakin malas berbicara atas apa pun, namun sejak menghuni daerah ini.. jiwaku semakin memberontak bagai hilang arah samalah kiranya kehilangan 'coverages' celcom-ku ... Aku yang tak pasti bagai kehilangan segalanya dalam hidup ini.. hanya ada anak-anak yang kadangkala meruntun jiwa kadangkala terpaksa bertindak lagak seorang jeneral di medan perang ...

Aku tak pasti dan entah kenapa blog ini selalu diedit bagai bukan cermin rahsia hati yang berduka disaat ditinggalkan pada Disember 2009 lalu hingga kini bahang panas yang tak berpenghujung ...

Aku tak tahu dan yang hanya ku mengertikan sebuah kefahaman secara subjektif memberi jawapan yang objektif pada setiap runtai masalah antara soal tanggungjawab, amanah, kerjaya, toleransi, kejujuran dan entah apa lagi yang kudambakan selama ini bagaikan lakunan palsu meskipun adakala ia sebuah kenyataan ..

Memilih jalan sedia ada penuh liku .. tercabar tertekan dan entah apa lagi membuatkan kadangkala terlalu pasrah menanti dan terus menunggu ... hanya doa dan tawakal ... melepaskan peluang dan ruang ... akhirnya mungkin aku ditinggalkan ! Aku dahulunya meletakkan kasih dan sayang segalanya kini masih pasrah mengemudi bahtera meskipun ada badai menggoyah jiwa dan naluri seorang lelaki yang bukannya sempurna pada seorang wanita ... meneruskan kehidupan penuh rasa syak dan wasangka ... mungkin kerana aku tiada apa-apa namun aku masih lelaki normal rasa jiwa rasa hati ....

Meninggalkan apa yang ada yang nyata tiada cacat cela hanya kerana mahukan kebebasan berkerjaya seperti orang lain memberi sepenuhnya komitmen merupakan satu pengorbanan yang memerlukan jiwa yang besar namun aku masih berteka-teki .. untuk apa ku masih menanti andai hanya janji dibibir atau adakah langkahku wajar saat ini ... segalanya masih mimpi dan realitinya bakal meninggalkan kesan abadi ...

Menambah masalah secara positif atau negatif bagi menyelesaikan masalah sedia ada boleh jadi satu cara terbaik namun apakah dayaku mungkin belum masanya tapi yang pasti ia bukan pilihan ...

Tanggungjawab & amanah
Sesuatu yang dah lama ku faham dan masih perlu kunyatakan ia bukan masalah berat kerana aku bukanlah ego sampai tidak boleh ditegur ... aku bukanlah sombong sampai tidak boleh berbincang ...

Kerjaya & komitmen
Tak dinafikan aku tiada kelulusan tinggi namun aku bukan sorang penganggur cuma yang ku tahu mungkin ini satu kifarah atas kekhilafan masa lalu ... Masa bujangku aku bagai 'lupa dunia' hinggakan tak sewajarnya ianya berlaku apatah lagi dengan latarbelakang pendidikan agama mana mungkin menjadikan aku manusia lalai dan malas ... aku gila pada waktu bekerja tanpa peduli yang asas atau yang wajib ... Penyesalan ? Ya .. aku memang menyesal meskipun kerjaya masa bujang tidaklah menjerumus soal undang-undang namun dalam pencarian erti ketuhanan .... syukurlah dia mengejutkan aku dari mimpi ...

Kini selepas menerima akad seorang gadis kira-kira sedekad lebih nan lalu ... kerjayaku berubah 100% memilih jihad dalam perniagaan yang cabarannya datang tak diduga disaat kemelut ekonomi melanda negara .. pilihan itu dikira wajar meskipun pada awalnya bukan kemahuan fikiran ...Mungkinkah inilah natijahnya ...

Bertahan dalam perniagaan bukan bermakna menidakkan peluang rezeki yang lain, cuma aku tak lagi mampu memberi komitmen 100% yang adakala aku cemburu dengan kejayaan orang lain... Kenapa aku begini ...?